Sunday, July 18, 2010

Doa yang kita lupakan.......

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Salam Mesra

~a n g a h n a f i~

http://angahnafi.blogspot.com.

Saturday, July 17, 2010

Tawaran Hebat. Tempahlah Sekarang.......

Hai... if nak melancong ke Port Dickson dan nak sewa bilik yang murah di Glory Beach Resort boleh email kat hanafizabidi@yahoo.com untuk tempahan....

Isnin - Khamis = RM 130 semlm
Jumaat-Ahad = RM 180 semlm

Salam mesra;

~a n g a h n a f i~

http://angahnafi.blogspot.com.

Saturday, June 26, 2010

Blog ~angahnafi~ berwajah baru........

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hai semua..semoga hari ini memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada anda...

Setelah sekian lama saya tidak menulis didalam blog saya ini.....dan hari ini saya ingin memperkenalkan blog ~angahnafi~ yang kini berwajah baru. Ramai yang bertanyakan kepada saya mengapa sudah lama menyepi diri dari berblog dan tidak ada artikel atau post yang baru untuk dikongsi.... Dan saya akui memang sudah lama tidak mengemaskini artikel saya dan saya akan cuma mengemaskini sekerap yang mungkin....

Kehadiran wajah baru yang serba ceria ini akan diisi dengan informasi yang berguna dan juga tips-tips yang menarik yang dapat kita kongsikan bersama. Bagi memeriahkan suasana, komen dan juga pendapat anda amat saya perlukan... agar sama-sama dapat kita perbaiki segala kelemahan yang ada...

Anda juga boleh kongsikan segala maklumat dari blog ini dengan rakan-rakan anda... anda hanya perlu:

1. Forwardkan email ini kepada rakan2 anda dan yang kedua
2. Klik disini http://angahnafi.blogspot.com

Salam mesra;

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com

Sunday, April 25, 2010

The Loyal Wife


The Loyal Wife

There was a man who had worked all of his life, had saved all of his money, and was a real miser when it came to his money. Just before he died, he said to his wife, 'When I die, I want you to take all my money and put it in the casket with me. I want to take my money to the "after-life" with me.' And so he got his wife to promise him with all of her heart that when he died, she would put all of the money in the casket with him. Well, he died .....


He was stretched out in the casket, his wife was sitting there in black, and her friend was sitting next to her. When they finished the ceremony, just before the undertakers got ready to close the casket, the wife said, 'Wait, just a minute!' She had a box with her, she came over with the box and put it in the casket. Then the undertakers locked the casket down, and they rolled
it away.

Her friend said, 'I know you weren't fool enough to put all that money in there in the casket with your husband.' The loyal wife replied 'Listen, I can't go back on my word. I promised him that I was going to put that money in that casket with him.' 'You mean to tell me you put that money in the casket with him !!! ?' 'I sure did' said the wife.

'I got it all together, put it into my account and wrote him a cheque. If he can cash it, he can spend it.'

Moral of the story: *Women are cleverer than Men* ........ Send this to a clever women you know, or a man with a good sense of humor . . . . . I just did.

~http://angahnafi.blogspot.com~

Friday, April 16, 2010

Voucher dan Hadiah...satu lagi helah jualan....

Assalamualaikum,

Semoga kita berhati-hati selalu dan semoga menjadi peringatan kepada kita semua.

Aku dan wife juga mengalami situasi yang sama di Giant Bandar Kinrara, tapi ni melibatkan beg percuma sempena kempen tanpa beg plastik pada hari Sabtu 10/04/2010 hari tu.... Selepas membuat pembayaran dikaunter, kami telah dihampiri dengan seorang lelaki yang mengatakan akan memberikan beg percuma dengan syarat mengisi borang soal selidik kononnya untuk menyelamatkan alam sekitar.....

So aku dan wife aku pun ikut la brother ni... dan duduk kat satu sudut sebelah pintu keluar Giant.. so dia bagi borang soal selidik dan kotak yang berisi beg.. so aku pun jawablah soalan soal selidik yang diberikan... nampak soalan macam relevan la... kat mana biasa kita berbelanja selain kat sini dan berapa kali membeli belah dalam sebulan dan sebagainya....

So sambil isi borang, ada seorang minah (maybe promoter) yang duduk kat depan aku ni pun bertanya; "abg biasa dengar tak jenama______ dan biasa tak jumpa kat pasaraya"... so aku pun cakaplah tak pernah jumpa... So dia pun mula lah explain pasal produk dia ni.... barangan yang dia jual adalah dapur elektrik....So aku pun dengarlah explanation dia tanpa was-was... orang dah bagi kita beg kena lah berbudi bahasa sikit... tak kan nak cabut terus... budi bahasa kan amalan kita....

Yang aku pelik tu ramai pulak orang2 dia kat booth tu...dan yang paling memelikkan aku semuanya ramah tamah menanyakan itu dan ini pada wife aku berkenaan anak aku... wife aku dokong baby aku.. so berkerumunlah orang2 ni bermain dengan anak aku... so panik la wife aku.. dah tak tahan rimas, wife aku blah dengan anak aku... tinggal la aku sorang2.. tapi tak per.. lagi elok...

So berbalik pada cerita tadi, so budak perempuan tu pun, bukalah kotak hadiah dan keluarkan beg.. tiba-tiba dalam tu ada voucher plak (bukan voucher giant tapi voucher produk dia).. so dia kata abang ni orang yang bertuah sebab dalam banyak2 kotak hadiah hanya abang sajer yang dapat voucher ni... voucher tu harganya RM50.00 jer... dan voucher ni valid hari ni jer.. dan yang paling menariknya kita perlu buka voucher dan dalam voucher tu terdapat hadiah yang dimenangi....seperti jurujual yang biasa aku jumpa dia akan cerita pasal pengalaman pelanggan yang lain yang berjaya dapat hadiah lalu membuat pembelian dan bawa balik hadiah tu dengan gembiranya....yang pelik lagi benar voucher tu dia bukak sendiri... dan buat2 tak percaya yang aku menang 2 hadiah... rice cooker dan dapur meja elektrik... siap buat panggilan pada orang yang tah sesiapa tah.. dan bagi telefon tu kat aku supaya bercakap dengan mamat dalam telefon tu... kononnya aku ni menang besarla....orang tu tokey company syarikat tu.....

So dia pun bukak katalog dan bagi senarai barang dan harga... aku pun cakap dengan dia aku tak ada duit sebanyak tu...harga sebijik barang dalam RM 3 ribu lebih... bukan sikit anak mahalnyer..Aku pun kata tak berminat dan nak blaa dari situ tapi ada seorang mamat lain plak datang siap tanya abang ada kredit kad tak.... aku pun jawaplah ada.. so dia pun cakaplah yang dia terima pembayaran melalui kad kredit tapi aku kata tak perlah kad kredit mahal caj nyer... boleh pulak mamat ni kata "tak mahallah bang, abang boleh buat pembayaran ansuran bulanan dalam RM 170 jer... aku pun jawablah... macam mana u tahu tak mahal... dengan caj 12% setahun tu tak mahal ker.. lagi pun kad kredit tak kira installment bulanan tapi berdasarkan baki bulanan...dan panjang lebar gak aku menerangkan pasal pengiraan caj kad kredit... so terperanjat beruklah brother tadi tu...

So dia tukar plak cerita lain... dia kata aku boleh simpan voucher ni dan bila2 masa aku boleh pakai voucher ni... so aku kata tadi minah ni kata valid hari ni tapi u kata boleh redemp bila2 masa plak.... mana satu yang betul... aku tanya lagi bila expired voucher ni... mamat ni kata voucher ni open date tak ada expiry date... terkejut king kong laa aku... tak pernah aku jumpa tawaran sebegini hebat.... aku pun tanya walaupun setelah setahun berlalu aku boleh lagi pakai ker voucher ni... so dia pun dengan confident menjawab boleh bang.... peh...memang terserlah penipuannya... aku pun dah angin satu badan sebab dah lenjun kena kencing dengan mamat ni...

Tapi dengan syarat aku kena bayar RM 200.00 untuk simpan voucher tu.... aku kata RM200 ni sebagai apa? Sebagai deposit cagaran or sebagai apa? Dia kata sebagai deposit cagaran... so kena kencing hancing lagi aku.... kalau dah bayar deposit maknanya aku dah setuju beli... tapi tadi dia kata boleh simpan voucher...kan beza tu...

So hampir sejam aku berdiskusi dengan dia sampai dia fed up dan kata tak perlah bang kalau abang tak nak beli tak per.. so aku pun dengan selamba berjabat salam dan belah dari situ.... Orang nak menjual ni bermacam-macam cara.. dulu gores dan menang dan yang ini voucher dan hadiah... peh... macam2 style dia orang ni meniaga....

So kepada kawan2 yang budiman, kita kena berhati2 dan berwaspada sebab kita tak tahu niat orang terhadap kita... moga pengalaman yang saya alami tidak berlaku pada anda semua....


Iklan :Sesiapa yang ingin melancong ke Port Dickson dan mencari penginapan yang murah
lagi menjimatkan di Glory Beach Resort boleh email kat aku hanafizabidi@yahoo.com
or call aku untuk tempahan....