Tuesday, September 23, 2008

Kisah Jenaka : Lailatul Qadar

LAILATUL QADAR..

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH MEMERINTAH. AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID.

JANGAN MELAWAN. NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS KENYANG BERSAHUR. AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.

GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB. ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU.

AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR AKU. "KENAPA?" TANYA ABAH.

"LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH... ... ...

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI...

TERSENYUM2 AKU DIBELAKANG MOTO. NAMPAK SANGAT AKU DAH LAMA TAK KE MESJID...

Salam mesra,

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

Nuzul Al-Quran....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

PERISTIWA Nuzul al-Quran dicatatkan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimanapun, wujud kekhilafan bila tarikh sebenar Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran yang telah dibincangkan secara ilmiah.

Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin berkata, percanggahan pendapat di kalangan ulama adalah berdasarkan kepada nas dan dalil yang terkandung dalam al-Quran yang menjelaskan peristiwa penurunan kitab suci Allah itu.

Kebanyakan ulama berpendapat, al-Quran diturunkan pada malam al-qadar. Ini berpandukan kepada surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud: Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan al-Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Dalam surah ini, malam penuh kesejahteraan merujuk kepada malam al-qadar iaitu 10 malam terakhir Ramadan.

Sebahagian ulama pula mengatakan al-Quran turun pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Baqarah, ayat 185. Allah s.w.t. berfirman: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).

Berbanding dengan kedua-dua surah tersebut, ada juga kalangan ulama berpendapat lailatul qadar adalah pada 17 Ramadan. Ini terkandung dalam surah al-Dukhan, ayat 3, Allah s.w.t. berfirman: Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.

Berdasarkan kepada surah tersebut, malam yang diberkati ialah malam al-Quran pertama kali diturunkan. Kebanyakannya menganggap ia jatuh pada tanggal 17 Ramadan. Mohd. Zamri berkata, kalangan ulama juga berpendapat bahawa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Anfal, ayat 41 yang bermaksud: Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk (jalan) Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibn al-sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala urusan.

Apabila dibahaskan, para ulama bersepakat menyatakan bahawa ayat ini menerangkan berlakunya Perang Badar iaitu peperangan pertama bagi umat Islam pada 17 Ramadan. Hari al-furqan, jelas Mohd. Zamri, ialah hari kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.

Lebih tepat lagi 17 Ramadan ini ialah peperangan pertama bagi umat Islam dengan 313 tentera Islam menentang 1,000 tentera musuh.“Walaupun wujudnya kekhilafan dalam mencari tarikh sebenar penurunan al-Quran, para ulama yang berijtihad berpendapat peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan.

Malam Al Qadar seperti yang diketahui ialah 10 hari terakhir Ramadan. “Justeru, al-Quran adalah anugerah paling istimewa kepada umat manusia kerana ia diturunkan dalam bulan paling istimewa iaitu Ramadan yang mengandungi rahmat dan barakah,” jelas beliau berhubung tarikh sebenar penurunan al-Quran.

Peringkat Nuzul al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi melalui peringkat-peringkat tertentu seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman: Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu.

Dijelaskan bahawa Al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi beransur-ansur agar hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kuat dan tegap. “Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap.

Allah s.w.t. turunkan Al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.

*Berselimut Wahyu pertama diterima melalui malaikat Jibril di gua Hira’. Surah al-Alaq ialah wahyu pertama yang diterima Nabi pada bulan Ramadan, kata Mohd. Zamri. Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu al-Alaq (bacalah), al-Qalam (pena), al-Muzamil (orang yang berselimut) dan al-Muddathir (berselimut) yang mengandungi pengajaran di sebaliknya.

Melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Intisari ayat ini ialah Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan ilmu dengan membaca dengan syarat, bacalah atas nama Allah. Ramai orang yang berilmu tetapi tidak beriman kepada Allah s.w.t. dan menggunakan ilmu ke arah keburukan yang boleh menghancurkan manusia.

Surah al-Qalam pula mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud: Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal.

Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzamil: 1-4)

“Penurunan ketiga-tiga surah di atas jelas menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah.

Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail. “Kemudiannya, Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui surah al-Muddathir, ayat 1 hingga 2, yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui.

Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,” jelas Mohd. Zamri menceritakan rentetan peristiwa penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w.. Berdasarkan surah al-Baqarah, ayat 185 dijelaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi manusia yang mengandungi keterangan dan bukti.

Rentetan yang membuktikan al-Quran diangkat sebagai mukjizat yang kekal hingga hari kiamat adalah berpandukan sorotan beberapa peristiwa mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi terdahulu.Sebagai contoh, pada zaman Nabi Saleh, masyarakat ketika itu terlalu memberi tumpuan pada penternakan hingga Nabi Saleh datang dalam bentuk mukjizat dengan menyerupai unta yang keluar dari celah batu.

Begitu juga yang berlaku pada zaman Nabi Musa yang penduduknya gemar mempelajari ilmu sihir. Maka, Nabi Musa diutuskan dalam bentuk mukjizat berupa sihir untuk melemahkan kaumnya. Nabi Musa boleh menukar tongkat menjadi ular yang besar hingga kebolehan luar biasanya itu berjaya menarik kaum tersebut beriman kepada Allah s.w.t..

Masyarakat pada zaman Nabi Isa lebih tertumpu pada ilmu perubatan. Mukjizat yang diturunkan kepadanya ialah Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak dan buta hinggalah pada satu peringkat boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin daripada Allah s.w.t..

Pada zaman Nabi Muhammad pula, syair-syair dan kesusasteraan Arab muncul sehingga pasar-pasar menjadi tempat mendeklamasikan karya mereka dan tulisan tersebut turut digantung di kelambu-kelambu Kaabah. Lalu turunlah al-Quran dalam bentuk mukjizat yang boleh melemahkan ahli-ahli sastera pada waktu tersebut dengan ayat-ayat al-Quran yang begitu indah di samping makna yang begitu jelas dan tepat.“Itu adalah mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul.

Persoalannya, pada zaman kita hari ini, di manakah terletaknya mukjizat al-Quran? Jika diperhatikan, manusia akhir zaman ini lebih mengagungkan fakta saintifik dan penemuan terbaru sains dan teknologi. Sedangkan al-Quran telah menerangkan bukti-bukti tentang sains sejak ia diturunkan 1,400 tahun lalu,” kata Mohd. Zamri.

Antaranya, dalam surah al-Rum, ayat 2 hingga 4 yang bermaksud: Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Rom) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.

Diceritakan kerajaan Rom yang beragama Nasrani mempunyai kitab suci manakala orang Parsi beragama Majusi iaitu menyembah api dan berhala. Kedua-dua bangsa ini saling berperang. Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Rom oleh bangsa Parsi, kaum musyrik Mekah menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana ia berpihak kepada orang musyrikin Parsi.

Ini menyebabkan kaum muslimin berdukacita.“Ayat ini mengajar manusia agar sentiasa peka dan mengambil tahu tentang isu-isu antarabangsa. Melalui ayat itu juga terbukti Rom memenangi peperangan tersebut setelah kalah kepada Parsi. Ini juga menunjukkan al-Quran bersifat futuristik. Malah disebut juga, bahawa peperangan tersebut berlaku di bumi paling bawah (ajna). Masyarakat mufasir terdahulu tidak boleh terfikir kerana tiada kemudahan teknologi dan sebagainya.

Apabila dikaji, pertembungan Rom dan Parsi berlaku di Laut Mati yang terletak di bawah paras aras laut. Siapakah yang membuktikan wujudnya tempat bumi paling bawah jika bukan daripada al-Quran?” terang Mohd. Zamri mengenai surah al-Rum.Al-Quran ialah mukjizat yang kekal hingga kiamat kerana terdapat lebih daripada 200 fakta sains yang tidak disingkap sejak ia diturunkan tetapi berjaya dibongkar pada kurun terakhir ini. Islam dan al-Quran adalah satu cara hidup.

Al-Quran bukan untuk dibaca tetapi dihayati dan difahami sebagai buku panduan yang kekal hingga hari kiamat. Ramadan ialah bulan yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kerana Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda.Untuk mengimarahkan sambutan Nuzul al-Quran dan mengembalikan kehebatan al-Quran, gerakan bersepadu semua pihak perlu digembleng termasuklah dalam media, kerajaan dan masyarakat.

Melalui al-Quran, banyak perspektif boleh dikupas dengan baik dengan menampilkan banyak kelainan, misalnya menunjukkan bukti-bukti sains dan al-Quran.“Ditegaskan bahawa al-Quran adalah panduan kepada umat manusia menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Untuk menghayatinya, kita bukan sahaja perlu tahu membaca tetapi memahami maksud setiap ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan beramal kepadanya.”

Salam Mesra,

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com

Sunday, September 14, 2008

Adab-Adab Ketika Berbuka....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Bagi mereka yang telah melaksanakan ibadah puasa, untuknya ada dua ketika kegembiraan. Pertama ; Pada ketika berbuka dan Kedua; Ketika menghadap Ilahi.

Disaat kegembiraan kita sedang berbuka, kita perlu sedar bahawa terdapat beberapa adab dan tertertib yang perlu kita ikuti ketika kita menjamah makanan ketika berbuka. Artikel kali ini adalah berkaitan dengan adab-adab ketika berbuka. Diharapkan artikel ini dapat membantu kita memperbaiki dan dapat diamalkan didalam kehidupan kita seharian.

ORANG berpuasa mesti menjaga adab-adab sepanjang menjalankan ibadah tersebut. Ini termasuklah adab-adab berbuka puasa. Adab-adab berbuka puasa yang perlu diberi perhatian adalah:

- Menyegerakan berbuka (Ta’jil Al-Iftar) sejurus masuk waktu maghrib.
Ini berdalilkan hadis daripada Sahl bin Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka puasa. (riwayat al-Bukhary dan Muslim).

- Memulakan makan dengan basmalah, makan dengan tangan kanan dan mengakhirinya dengan hamdalah.
Ini berdalilkan hadis ‘Umar bin Abi Salamah r.a. (anak tiri Rasulullah) yang pernah tinggal di bawah jagaan Nabi SAW. Kata ‘Umar: Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: Wahai budak kecil! Apabila kamu hendak makan maka sebutlah nama Allah, gunakanlah tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terhidang dekat denganmu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
Rutab adalah buah kurma separuh masak, yang lembut dan manis rasanya. Tamar pula adalah buah kurma yang sudah kering.Rutab ialah buah kurma masak yang masih basah. Apabila ia kering dan mengecut ia dipanggil tamar.

Anas berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan beberapa biji rutab (sekurang-kurangnya tiga biji kerana jamak muannath salim dalam bahasa Arab bermula dengan bilangan tiga), jika tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar (juga sekurang-kurangnya tiga biji) dan jika tiada tamar maka baginda menghirup beberapa teguk air (juga sekurang- kurangnya tiga teguk), sesungguhnya ia adalah suci”. (riwayat al-Tirmidzi)

Inilah sunnah Nabi s.a.w. yang diabaikan oleh kebanyakan orang yang berpuasa, khususnya dalam beberapa undangan umum di mana disediakan makanan dan minuman yang baik dan lazat. (Mahmud bin Ahmad Rasyid, Tawjih al-Sari Li al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyyah, Dar Ibnu Rajab, al-Mansurah, 2004 : 136).

Dakwaan bahawa jika tiada tamar, maka sunat berbuka dengan buah-buahan lain atau kuih muih yang manis juga tiada sebarang dalil daripada sunnah Nabi SAW.

- Segera solat maghrib selepas berbuka jika makanan belum dihidangkan.
Hadis Anas yang kita bincangkan di atas menunjukkan Nabi SAW berbuka dengan rutab, tamar atau air sebelum solat maghrib. Selepas berbuka, sunat dia menyegerakan solat maghrib. Selesai solat dia boleh kembali menyambung makan malam untuk memenuhi hajatnya (ibid: 36)

Bagaimanapun, jika makanan telah dihidang, makruh kita meninggalkan makanan kerana mahu segera menunaikan solat. Makruh di sini adalah hal-hal yang dapat mengurangi kesempurnaan solat namun tidaklah tidaklah sampai membatalkannya. (Abdulah bin ‘Abd al-Rahman ‘Ali Bassam, Tanbih al-Afham wa Taisir al-‘Alam, Dar Ibnu Haitsam, Cairo, 1992 : 157-158).

- Tidak makan dengan kadar berlebihan
Ini bertepatan dengan firman Allah: Dan makanlah kamu dan minumlah kamu, dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (al-‘Araaf : 31).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda supaya kita membahagikan perut kepada tiga iaitu satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. (riwayat al-Tirmidzi)

- Berbuka secara berjemaah
Disunatkan makan secara berjemaah termasuk ketika berbuka. Para sahabat dapat merakamkan perihal berbuka Nabi SAW kerana mereka berbuka secara berjemaah bersama Nabi SAW.

- Berdoa ketika berbuka.
Berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. adalah sunat berdoa: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (riwayat Ibn Majah)

- Berdoa kepada mereka yang menyediakan hidangan berbuka.
Ini seperti doa Nabi SAW kepada para sahabat yang menjamu Baginda dengan makanan dan minuman seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdillah bin Busr di mana Nabi menyebut: …Ya Allah! Berkatilah mereka pada rezeki yang Engkau anugerahkan, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka. (riwayat Muslim).

- Menyediakan Iftar (hidangan berbuka) bagi mereka yang berpuasa.
Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) tanpa dikurangi sedikitpun ganjaran orang yang berpuasa itu”. (riwayat al-Tirmidzi)

- Tidak mencela makanan
Kata Abu Hurairah: Rasulullah SAW tidak pernah mencela mana-mana makanan. Apabila Baginda menyukai (mengingini) sesuatu makanan dimakannya, dan apabila Baginda tidak menyukainya ditinggalkan sahaja. (riwayat Muslim)

- Menjilat/mengulum jari sejurus selesai makan.
Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu makan maka janganlah dia menyapu tangannya sebelum dia menjilat/mengulum jari-jarinya. (riwayat al-Bukhari)

Ini jelas menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya perbuatan menjilat jari-jari adalah sesuatu yang menjijikkan.

Sekian, terima kasih.

Salam mesra,

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

Kisah Jenaka 1 : Solat Tarawikh

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.

Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula. Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Tarawikh. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit tu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Salam Mesra,

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com

Selamat Berpuasa......

Assalamualaikum dan salam sejahera,

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya dan RahmatNya kita masih lagi berpeluang bertemu bulan yang penuh barakah dan penuh keistimewaan yang hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Masa begitu pantas berlalu dan hari ini merupakan hari yang ke 12 kita telah berpuasa. Dikesempatan ini marilah bersama-sama kita mengikhlaskan diri dan memperbanyakkan amalan-amalan ibadah kita kepada Allah kerana kita telah sedia maklum bahawa bulan Ramadhan ini Allah menjanjikan pahala yang besar kepada umatnya. Janji ini adalah datangnya dari Allah dan pastinya kita sebagai hamba yang hina ini pelu merebut segala kurniaanNya.

Sesungguhnya ibadah puasa ini memberikan seribu cabaran dan dugaan buat kita semua. Biasanya ketika menjalani ibadah puasa kita akan mudah berasa letih, lapar, dahaga dan juga kadang-kadang membuatkan kita mudah marah. Perkara yang kecil pun boleh membuatkan kita hilang sabar dan mudah melenting. Bulan puasa inilah melatih kita agar dapat meningkatkan kesabaran dan mengajar kita agar sentiasa berada didalam ketenangan.

Kita sering berandaian bahawa bulan puasa ini, kita akan lebih berjimat dan juga dapat mengurangkan perbelanjaan harian disaat kenaikan harga barangan ini. Namun begitu amat jarang kita dapat melihat perkara ini berlaku. Kita biasanya akan membeli lebih dari apa yang kita perlukan. Lebih-lebih lagi ketika membeli dipasar Ramadhan yang menawarkan perbagai juadah makanan yang menyelerakan.

Adalah tidak salah kita membeli juadah makanan untuk berbuka tetapi hendaklah kita merancang dan juga mengelakkan dari melakukan pembaziran. Secara lumrahnya, amatlah jarang kita dapat habiskan kesemua juadah yang dibeli dan kadang-kadang terpaksa dibuang.

Cara yang terbaik adalah kita merancang juadah yang hendak dibeli. Mungkin hari ini kita beli air soya untuk berbuka, esok air tebu dan hari berikutnya air yang lain pula. Daripada kita membeli ketiga-tiga air tersebut untuk berbuka. Dan kita sedar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai berbagai citarasa. Dari itu hendaklah kita bijak untuk berbelanja dan juga mengelakkan pembaziran berlaku.

Harus disedari, kita berpuasa selama sebulan dan kita masih lagi boleh menikmati juadah yang kita inginkan pada hari-hari yang lain. Jadualkan pembelian dan rancanglah perbelanjaan anda.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan moga amalan kita pada tahun ini diterima olehNya.

“Permulaan Ramadhan itu adalah Rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka.”

Salam Mesra

~ angahnafi ~

http://angahnafi.blogspot.com/

Saturday, August 9, 2008

Demam Chikungunya

Assalamualaikum,

Dekad ini berbagai-bagai jenis penyakit baru yang muncul malah kadang-kadang yang amat jarang didengar. Adakah penyebaran penyakit berjangkit yang baru dan jarang didengar ini adalah berpunca dari penghijrahan pendatang-pendatang asing yang berkerja disini atau pun tahap kesihatan dinegara ini semakin berkurangan?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak kurang barunya iaitu Demam Chikugunya. Post kali ini akan cuba memberikan fakta-fakta berkenaan demam Chikugunya ini.

Ketahui fakta Demam Chikungunya dan cegahlah ia sebelum menjangkiti diri dan orang-orang yang kita sayang.

Fakta berkaitan Deman Chikungunya.

Chikungunya adalah penyakit demam yang tinggi dan sakit sendi yang teramat sangat. Ia disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina iaitu nyamuk yang juga pembawa virus denggi.

Penyakit Chikungunya ini pertama kali ditemui semasa wabak demam di Selatan Tanzania pada tahun 1952. Ia kemudiannya merebak ke Asia, India, Eropah dan Amerika.

Nama 'Chikungunya' berasal dari bahasa Kimakonde, yang bermaksud 'keadaan membongkok' yang disebabkan oleh sakit sendi yang teramat sangat bagi pengidap demam Chikungunya.

Nyamuk pembawa virus Chikungunya.

Nyamuk yang terlibat selalunya adalah Aedes aegypti and Aedes albopictus, 2 spesis nyamuk yang juga boleh menyebabkan demam denggi.Nyamuk ini biasanya menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif pada awal pagi dan lewat petang.

Orang yang digigit oleh nyamuk pembawa virus Chikungunya boleh mendapat demam selalunya bermula antara 4 dan 8 hari selepas gigitan tetapi boleh juga berlaku dalam tempoh 2 hingga 12 hari.

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya

Gejala dan tanda-tanda Demam Chikungunya lebih menyerupai Demam Denggi. Seseorang yang mengidap Demam Chikungunya biasanya mengalami :·

Demam yang tinggi secara tiba-tiba·
Sakit sendi yang teramat sangat (sangat sakit sehingga terpaksa berjalan membongkok) · Sakit otot·
Sakit kepala·
Meloya·
Keletihan·
Bintik-bintik merah (rashes)

Demam berlarutan selama 5 hari dan boleh sembuh dengan sendirinya.Sakit sendi biasanya sembuh dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Kebanyakan pesakit sembuh sepenuhnya tetapi ada yang kekal sakit sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.Amat jarang menyebabkan kematian.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk demam Chikungunya.
Tiada vaksin untuk mencegah penyakit ini.
Rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit (ubat tahan sakit) dan demam (ubat demam).

Diagnosis

Ujian darah serologi akan mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi kepada Chikungunya virus. Virus Chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh beberapa hari pertama jangkitan.

Hanya ujian darah sahaja boleh membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau Chikungunya kerana simptoms/tanda-tanda kedua-duanya (denggi dan Chikungunya) hampir samaDemam Chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).

Pencegahan dan Kawalan

Pencegahan dan kawalan adalah sama bagi mengawal demam denggi kerana pembawanya adalah sama iaitu nyamuk Aedes.

Pencegahan yang paling baik adalah dengan :

1. Membasmi nyamuk Aedes dewasa melalui semburan dan ubat nyamuk
2. Membasmi pembiakan jentik-jentik ·
  • Membuang tempat pembiakan nyamuk seperti tin-tin kosong, sampah sarap, plastik, tayar dan lain-lain lagi yang boleh menakung air·
  • Mengamalkan kebersihan·
  • Meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam tempat simpanan air

3. Mengelakkan dari digigit nyamuk ·

  • Memakai baju/seluar panjang yang menutup tangan dan kaki·
  • Menggunakan ubat nyamuk – semburan, lingkaran atau 'repellent'·
  • Menggunakan kelambu atau 'net' biasa atau berubat yang menghalang nyamuk dari masuk ke rumah·
  • Mengelakkan pengidap Chikungunya dari digigit nyamuk Aedes dengan memakai kelambu atau 'net' .

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat"

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan juga mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri kita serta keluarga dari dijangkiti penyakit Chikugunya ini.

Salam mesra,

~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com/

Tuesday, August 5, 2008

Ayat-Ayat Cinta.. Novel Pembangun Jiwa.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat-ayat cinta merupakan karya Habiburrahman Saerozi yang merupakan novel bercorak Islami yang mendapat sambutan terhangat diIndonesia. Merupakan kisah yang menarik dan mempunyai jalan cerita yang sungguh hebat sehinggakan novel ini diterbitkan sebagai sebuah filem.

Berikut adalah baris-baris lirik lagu didalam video klip dibawah.

Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta
Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud





Salam mesra,

~angahnafi~
http://angahnafi.blogspot.com

Sunday, August 3, 2008

Pendapatan Pasif @ Passive Income.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wang dijana ketika anda tidur!!!

Sekali dengar mungkin kita akan mengatakan ianya penipu dan tidak masuk dek akal. Orang mungkin akan berkata “Bagaimana mungkin wang boleh dijana ketika tidur? Itu sudah merepek!

Tapi percayalah sudah ramai mereka diluar sana mampu menghasilkan wang ketika mereka menonton tv, melancong hatta ketika bersembang dikedai kopi. Mungkin ada persoalan dibenak kita, perniagaan apakah yang menguntungkan ini?

Pendapatan begini dinamakan pendapatan pasif (Passive Income). Pendapatan pasif ini tidak memerlukan usaha yang berterusan dan juga tidak memerlukan kita menghabiskan sepenuh masa untuk menguruskannya. Ia merupakan pekerjaan yang dilakukan sekali sahaja dan memberikan pulangan berterusan. Ianya juga boleh dilakukan secara sambilan dan tidak mengambil terlalu banyak masa.

Terdapat berbagai-bagai jenis pendapatan pasif ini boleh dilakukan dan ianya merupakan perkara yang telah lama dilakukan oleh mereka yang tahu dan kita juga sudah biasa dengannya. Cuma kita tidak menyedari bahawa ianya merupakan perkara yang boleh menjanakan wang untuk kita. Pendapatan pasif ini datangnya dari minat kita, hobi dan perkara-perkara yang kita suka lakukan.

Berikut adalah sebahagian pendapatan pasif yang boleh saya berikan didalam post kali ini untuk dikongsikan kepada anda semua.

Hartanah/Bangunan
Merupakan aset yang paling menguntungkan dan memberikan pulangan yang menguntungkan kepada kita. Pendapatan dari sewaan sama ada sewaan rumah, ruang pejabat atau kedai merupakan pendapatan yang dijanakan setiap bulan kepada kita.

Membeli sebuah rumah dan juga sesebuah hartanah memerlukan modal yang besar dan juga tempoh pembiayaan yang panjang merangkumi puluhan tahun. Kita harus bijak menetapkan jumlah sewa agar pendapatan yang diterima dari sewaan melebihi kos atau bayaran bulanan terhadap hartanah tersebut.

Sekiranya, pendapatan sewaan yang diterima adalah kurang dari bayaran bulanan dan kos yang tanggung merupakan satu liabiliti kepada kita. Ini tidak menguntungkan kita. Aliran tunai menjadi negatif dan kita semakin terbeban dengan bayaran ansuran rumah, cukai dan juga yuran penyelenggaraan.

Semua ini harus diambil kira agar kita tidak tersalahlangkah. Sesuatu hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah berkisar kepada lokasi. Lokasi yang baik dan menjadi rebutan kepada para penyewa adalah merupakan hartanah yang menguntungkan. Walaupun kita lihat hartanah tersebut tidaklah menarik dan merupakan bukan citarasa kita. Tetapi para penyewa sanggup untuk membayar sewa adalah satu petanda yang baik. Lokasi yang baik memberikan kelebihan dan juga pendapatan kepada kita. Kita hanya perlu pastikan bahawa setiap bulan wang masuk kedalam akaun kita.

Bakat
Setiap manusia telah dianugerahkan oleh Allah sesuatu bakat yang istimewa dan cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya. Bakat yang ada seperti bakat menulis, memasak, menyanyi, mencipta lagu, melukis dan apa sahaja bakat yang ada boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Boleh jadi hasil-hasil karya yang anda simpan selama ini mampu mendatangkan pendapatan yang berlipat kali ganda. Yakinlah pada bakat anda dan sekiranya ditolak tidak bermakna ianya punah segalanya. Akan ada satu waktu karya anda akan dihargai dan diminati.

Percayalah, mereka yang mencipta lagu hanya bekerja sekali sahaja dan memperoleh pendapat sepanjang hayat hatta sudah meninggal sekalipun pendapatan dari karya mereka masih dijana. Contoh terdekat adalah Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga Arwahyarham Sudirman.

Hobi
Hobi adalah sesuatu perkara yang kita suka lakukan diwaktu lapang dan hobi ini juga boleh memberikan pulangan kepada kita. Hobi seperti mengumpul stem peringatan atau duit-duit peringatan mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika dijual kepada mereka yang berminat. Biasanya mereka yang mempunyai hobi yang sama akan mempunyai satu jaringan perhubungan yang boleh bagi mereka menambahkan kolesi yang sedia ada.

Selain itu hobi seperti menangkap gambar juga boleh memberikan pendapatkan kepada kita sekiranya gambar-gambar yang diambil mendapat permintaan yang menggalakkan.

Internet – Blog/Web
Satu lagi bidang yang boleh dicuba iaitu Internet. Ketika ini sudah ramai mempunyai blog dan juga laman web sendiri. Kemunculan blog-blog persendirian ini semakin berkembang. Termasuklah penulis sendiri......

Mencipta dan membuat blog ketika ini tidak sesukar seperti yang difikirkan kerana kesemua penyedia-penyedia laman blog telah menyediakan satu kaedah yang mudah untuk dikendalikan. Tanpa ilmu IT anda mampu menghasikan blog anda sendiri.

Melalui laman-laman blog ini anda boleh menjual produk-produk dan juga perkidmatan anda sendiri disamping mendapat pandapatan dari pengiklanan. Dengan syarat laman blog anda mempunyai pengunjung yang ramai. Pendapatan dari pengiklanan ini memberikan pendapatan secara tidak langsung kepada kita.

Pendidikan Dewasa
Anda juga boleh mengadakan pendidikan dewasa. Antaranya kelas mengaji Al-Quran, aerobik, pengurusan kewangan, kelas masakan, kelas tarian, yoga, seni mempetahankan diri, renang dan banyak lagi. Saya boleh jamin bahawa terdapat pasaran yang begitu besar bagi aktiviti-aktiviti tersebut, kerana manusia semuanya ingin melakukan sesuatu yang berguna dalam kehidupan mereka.

Perkara yang paling utama adalah anda perlu merupakan pakar didalam bidang tersebut. Jika anda ingin mengenakan bayaran bagi kelas tersebut anda perlu mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup.

Itu adalah sebahagian dari idea-idea yang boleh dikongsikan kepada anda dan terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan pasif ini. Walaupun begitu setiap kerja yang dilakukan perlu mempunyai keazaman, kerja keras dan juga kesabaran. Walaupun ianya nampak mudah tetapi kesungguhan dan kebijaksanaan diperlukan untuk memastikan setiap usaha mendapat pulanggan yang diinginkan.

Namun begitu walaupun kita sibuk mengejar pendapatan pasif ini, terdapat 2 peraturan yang perlu anda ikut pada setiap masa sekiranya anda merupakan pekerja sepenuh masa iaitu:

1.Jangan lakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pekerjaan anda
2.Jangan menjual dipejabat.

Walaupun kebebasan adalah kehendak utama setiap manusia, anda akan kehilangan banyak lagi jika anda tidak mempedulikan 2 perkara ini. Kita boleh membuat apa sahaja dalam hidup ini, tapi ingat kita juga bertanggugjawab atas semua apa yang kita lakukan.

Sekian.

Salam mesra,
~angahnafi~

http://angahnafi.blogspot.com/

Sunday, July 13, 2008

Fitnah Liwat atau Zina: Apa tindakan kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika ini isu liwat dan zina semakin banyak diceritakan didalam suratkhabar arus perdana, majalah dan juga dikaca televisyen. Pertuduhan ini pula melibatkan pemimpin-pemimpin terkemuka negara yang kini telah menjadi buah mulut setiap orang dinegara ini.

Penyebaran fitnah seperti ini semakin berleluasa dan bermaharajalela. Pihak-pihak yang berkepentingan akan menjaja cerita-cerita seperti ini agar memperoleh keuntungan yang besar. Namun sedarkah kita bahawa penyebaran berita-berita seperti ini merupakan satu dosa yang besar. Sama ada tuduhan zina, liwat atau membunuh semuanya dosa besar.

Semua pertuduhan yang dilemparkan tiada siapa yang mengetahuinya, akan perkara yang sebenarnya, kecuali si perlaku dan Allah. Namun apa yang pasti, siapa yang menjadi tukang fitnah dan berbohong tetap berdosa besar. Kalau di dunia sesiapa boleh terlindung oleh pelbagai faktor dan sebab, apa yang pasti Allah melihat dan malaikat menjadi saksi. Keadilan di akhirat akan tetap terserlah.

Dari itu kita hendaklah berhati-hati didalam menyampaikan sebarang berita yang kita tidak tahu kebenarannya dan adalah lebih baik kita serahkannya kepada Allah s.w.t. Jika kita mendengar dan membaca perkara seperti ini, janganlah kita sampai-sampaikan kepada yang lain kerana dikuatiri kita juga terlibat didalam penyebaran fitnah tersebut.

Kita sedar penyebaran fitnah seperti ini adalah berkisar kepada perebutan kuasa. Perebutan kuasa seperti ini tidak diajar didalam Islam dan Allah melarang kita berebut kuasa. Apabila larangan Allah kita langgari, akibat buruk akan terjadi. Dalam Islam kuasa bukan keistimewaan tetapi tanggung jawab. Mereka yang faham takut pegang kuasa. Ia akan merupakan penyesalan di akhirat kelak.

Sesungguhnya kita sebagai umat Muhammad, sekiranya Allah menurunkan azabnya. Tiada siapa yang akan terkecuali menerima azabNya. Sama ada mereka yang soleh mahupun mereka yang ingkar. Sekarang ini juga kita sudah menerima sedikit dari azabNya dengan ditarik sedikit nikmat yang diberikan.

Kenaikan harga minyak mengakibatkan kenaikan harga barangan, ekonomi negara semakin merudum, inflasi semakin meningkat dan hidup dihimpit kemiskinan. Ini adalah sedikit dari azab yang kita terima dan kita masih tidak memahaminya. Dengan alasan kesemuanya ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor global yang berlaku diluar negara.

Perlu diingat bahawa apa sahaja berlaku didunia ini secara umumnya dan di Malaysia ini secara khususnya adalah dari perancangan Allah jua. Segala kerosakan yang berlaku juga adalah disebabkan tangan-tangan manusia jua.

Diharapkan post kali ini akan memberikan kesedaran kepada kita semua bahawa penyumbangan kepada penyebaran fitnah seperti ini membawa kepada dosa besar kepada kita. Dari itu adalah lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat sama menyampai atau menyebarkan ftinah seperti ini. Sama-samalah kita berdoa agar kita terhindar dari fitnah-fitnah yang semakin berleluasa ini.

Salam sejahtera,
- Angah Nafi -

http://angahnafi.blogspot.com/

Saturday, July 5, 2008

Istimewanya Bulan Rejab....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah 4 Julai 2008 (Jumaat) yang lepas kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Bulan yang penuh keistimewaan dan yang dirindui bagi mereka yang menantikannya.

Post kali ini akan melihat keistimewaan dan juga amalan-amalan yang boleh dilakukan di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu,30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab(4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.

"Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.

"Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda baginda "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk mendapatkan segala fadhilat dan juga keistimewaan yang telah Allah berikan kepada kita sebagai umat Muhammad. Semoga amalan dan juga ibadat kita kepada Allah diberkati dan dirahmati olehNya.

Salam Mesra,
-Angah Nafi-
http://angahnafi.blogspot.com/

Friday, June 27, 2008

Mudahnya Nak Baca Al-Quran...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdullilah, hari ini saya telah menerima sebuah email dari rakan pejabat saya Haji Ahmad Saupi berkenaan sebuah laman web yang memudahkan kita mendengar dan membaca Al-Quran. Laman web yang dimaksudkan adalah laman web Quranexplorer.com

InsyaAllah sambil2 wat keje.. lawat ler laman web ni http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx kita boleh buka tiap2 hari sambil buat kerja kat pejabat.

Yang kerja di pejabat, satu -dua Juz sehari, InsyaAllah bolehlah khatam dalam bulan Ramadan ini nanti...

Laman web ini kita boleh dengar, baca dan fahami terjemahan ayat-ayat suciAl-Quran! Laman web ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan.

Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca Al-Quran dan banyak lagilah!

Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh memperbaiki sebutan dan bacaan kita.

Silalah layari laman web ini :http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx Dan jangan lupa, forward.. dan sebarkan link ini kepada rakan dan saudara anda agar mereka juga mendapat faedahnya, InsyaAllah...

Salam Mesra,
-Angah Nafi-

Thursday, June 26, 2008

Indian Mom....

Assalamualaikum and salam sejahtera,

This is a good story and hope you will enjoy to read it... Huahahaaa....

A Mom comes to visit her son Kumar for dinner..... who lives with a girl roommate Sunita.

During the course of the meal, his mother couldn't help but notice how pretty Kumar's roommate was.

She had long been suspicious of a relationship between the two, & this had only made her more curious.

Over the course of the evening, while watching the two interact, she started to wonder if there was more between Kumar & his roommate than met the eye.

Reading his mom's thoughts, Kumar volunteered, "I know what you must be thinking, but I assure you, Sunita & I are just roommates".

About a week later, Sunita came to Kumar saying, "Ever since your mother came to dinner, I've been unable to find the silver plate. You don't suppose she took it, do you?"

Kumar said ,"Well, I doubt it, but I'll email her.

So he sat down & wrote :

Dear Mother:
I'm not saying that you 'did' take the silver plate from my house, I'm not saying that you 'did not' take the silver plate.. But the fact remains that it has been missing ever since you were here for dinner.

Love,
Kumar

Several days later, Kumar received an email from his Mother which read...

Dear Son:
I'm not saying that you 'do' sleep with Sunita, and I'm not saying that you 'do not' sleep with Sunita. But the fact remains that if she was sleeping in her OWN bed, she would have found the silver plate by now under the pillow........

Love,
Mom

Salam Mesra,
-Angah Nafi-

Monday, June 23, 2008

Tahniah Kepada Semua.........



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah hari Sabtu bersamaan 21/06/2008 yang lepas Bank Muamalat Malaysia Berhad telah berjaya menjayakan Pertandingan Badminton antara Jabatan. Acara ini merupakan acara tahunan bertujuan merapatkan ukhuwan sesama staff disamping berkenalan diantara satu sama lain.

Pertandingan tahun ini melibatkan 8 buah pasukan yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan yang berada di Ibupejabat, cawangan Jalan Melaka, COC, MCRC dan RAC. Pertandingan ini diadakan di Webmaster Badminton Centre, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Pertandingan tahun ini menyaksikan pasukan Podium mengekalkan kejuaraan mereka (tiap-tiap tahun dia orang sapu)... dan seperti biasa pasukan Tingkat 27,28,29 dan 30 tidak dapat memenangi sebarang kejuaraan.

Namun demikian semangat kesukanan, kerja berpasukan dan juga komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan menghasilkan sebuah permainan yang mencabar, mendebarkan dan juga kerjasama yang begitu jitu.

Diharapkan semangat begini akan terus kekal dan InsyaAllah pada tahun akan datang pasukan kita akan membuat persiapan yang lebih rapi lagi dengan membuat latihan yang berterusan agar prestasi kumpulan dapat dipertingkatkan...

Salam mesra,

-Angah Nafi-

Betapa Cekapnya Anda.....!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Post hari ini berkisarkan kepada soalan-soalan yang mencabar minda dan fikiran anda... Soalan-soalan ini kelihatan mudah tetapi memerlukan kita berfikir diluar kebiasaan kita selama ini. Soala-soalan ini juga akan menguji kecekapan kita berfikir dan membuat keputusan. Anda perlu menjawab semua soalan tanpa berfikir panjang dan perlu menjawab dengan segera.

Selamat mencuba.....

Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?(lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?


Soalan Ketiga: Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan menggunakan fikiran sahaja. Jangan guna kertas dan pensil atau mesenkira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30..... Campur lagi 1000 .. Campur lagi 20... Campur lagi 1000 .. Campur lagi ! 10... Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..




~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul.... Cuba.

Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.

Mudah sahaja.

Salam Mesra,
-Angah Nafi -

Saturday, June 21, 2008

Email Aneh Tapi Nyata...Haram Di Sebarkan!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda menerima email dari sahabat anda berkenaan email yang menyatakan anda akan mendapat tuah dan rezeki yang tidak disangka-sangka apabila ianya disebarkan kepada orang lain sekurang-kurangnya 12 orang. Sekirannya anda gagal untuk menyebarkan email tersebut dalam waktu tertentu anda akan menerima bala atau malapetaka sebagai contoh anda akan diturunkan pangkat, dibuang kerja dan hilang pendapatan tetap.

Dan kita dengan berasa yakin dan juga takut akan menghantarkan email tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Dan email ini dikatakan email berantai... Saya juga telah banyak menerima perkara begini sama ada berbentuk email mahupun pesanan ringkas (sms).

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai isu ini yang diutarakan oleh seorang Imam di Bank Islam Malaysia Berhad iaitu Ustaz NOR RAIHAN.

Berikut adalah pandangan dan pendapat beliau berkenaan EMAIL ANEH TAPI NYATA ini. Selamat membaca.....

Pekara di bawah ini adalah menyalahi 'syara' dan HARAM disebarkan.

1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: "..Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan. "

2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/ syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencari rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah adalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI. MEMANG ANEH TAPI NYATA.. dah ada tuhan lain ke yang makbulkan doa kita. Suatu kalimah yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.

4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, "Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala". Firman Allah : "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya. "(Surah Al-Isra': 36)

6. Sila 'forward'kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah hantar attachment di bawah atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Sekian.

NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.

Salam Mesra
-Angah Nafi-

Thursday, June 19, 2008

Good or Bad, hard to say!

Once upon a time, there was a king. The king liked one of his followers very much because he was very wise and always gave very useful advice. There fore the king took him along wherever he went.

One day, the king was bitten by a dog, the finger was injured and the wound was getting worse. He asked the follower if that was a bad sign. The follower said, Good or bad, hard to say'. In the end, the finger of the king was too bad that had to be cut. The king asked the follower again if that was a bad sign. Again, the follower gave the same answer, 'Good or bad, hard to say'. The king became very angry and sent the follower to prison.

One day, the king went hunting in the jungle. He got excited when he was on the chase of a deer. Deeper and deeper he went inside the jungle. In the end he found him self lost in the jungle. To make thing worse, he got captured by the native people lived inside the jungle.

They wanted to sacrifice him to their god. But when they noticed that the king had one finger short, they released him immediately as he was not a perfect man anymore and not suitable for sacrifice. The king managed to get back to his palace after all. And he finally understood the follower's wise quote, 'Good or bad, hard to say'. If he hadn't lost one finger, he could have been killed by the native people.

He ordered to release the follower, and apologized to him. But to the king amaze, the follower was not mad at him at all. Instead, the follower said, It wasn't a bad thing that you locked me up.' Why? Because if the king hadnt locked the follower up, he would have brought the follower along to the jungle. If the native found that the king was not suitable, they would have used the follower. Again, the quote 'Good or bad, hard to say' stands.

The moral of the story:

Everything that happens in this world, there is no absolute good or bad. Sometimes good things turned out to be bad things eventually, while bad things become a gain. Whatever good things that happen to you, enjoy it, but don't have to hold too tight to it, treat it as a surprise in your life.Whatever bad things that happen to you, don't have to feel too sad or despair, in the end, it might not be a total bad thing after all.


If one can understand this, he or she will find life much easier.

Salam Mesra
-Angah Nafi-

Wednesday, June 18, 2008

The story about “subsidy”…


I've received an email from my officemate and I would like to share with you.... The true meaning of "subsidy"....

A man called Maha owns a farm which can produce 10 apples every day. He has 5 workers to operate the farm. Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.

The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40. He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities. He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit. Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When Maha passed away and there is a new landlord, Abdul comes to continue the farm operation. He says to the workers "We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking. From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm.”

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily. Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person. As usual, Abdul sells the 4 apples and he gets RM40. He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers. He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers. In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each. The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily. Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy. Samy says "Apple cost naik, improvement cost also misti naik.” So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50. In actual, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, Abdul and Samy share evenly among themselves.

Let’s calculate how much Abdul gets daily: RM10 (from farm improvement cost) RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] - [Improvement cost, RM50] - [Wages RM10] = RM20) RM5 (from selling apples to his workers) In total, Abdul gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from Maha. His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.

The greedy Abdul does not want to stop there. One day, he says to his fellow workers "You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00. This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy,

I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bear the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. ” So, greedy Abdul adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of “SUBSIDY” given by the government.

The RM95 subsidy never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously “given” by the government Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket.

Are you gonna stand there and let them rob you.

-Angah Nafi -



Monday, June 9, 2008

Sekilas kata.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang telah memberikan segala komen, pendapat, nasihat dan juga teguran (lirik lagu pun ada.. heheheee) didalam laman blog Angahnafi ini. Segla komen dan teguran yang diberikan memberikan saya satu panduan dan juga lebih berhati-hati agar segala artikel dan juga isu-isu yang diutarakan dapat memberikan faedah kepada semua.

Insya Allah segala maklumat yang diberikan adalah tepat dan tidak akan menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengugat emosi dan juga perasaan seseorang.

Artikel-artikel yang dimuatkan adalah dari mereka yang berpengalaman dan pakar didalam bidang masing-masing.

Diharapkan anda terus memberikan komen dan juga nasihat kepada saya agar laman ini lebih menarik dan juga menjadi medan perbincangan yang memberikan ilmu serta memperluaskan lagi pandangan kita sedia ada...

Sekian terima kasih...

Salam mesra,
-Angah Nafi -

Friday, June 6, 2008

Peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' HARAM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini ingin saya berkongsi dengan anda berkenaan pendapat dari artikel yang telah saya terima berkenaan Peraduan SMS Menang CAMRY. Pendapat ini diutarakan oleh Zaharuddin Abd Rahman dilaman webnya www.zaharuddin. net .

Selamat membaca…..

**********************************************************************************
Sebuah berita menyebut :-

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

Peserta mungkin berkata "Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun" .

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata :-

"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "

Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,

"dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS.

Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300. terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz??

Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.

Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.

Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )

Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
3 Jun 2008

*********************************************************************************
Salam Mesra
- Angah Nafi -

Thursday, June 5, 2008

Panik!!! Kenaikan Harga Minyak Serta Merta.....


Salam sejahtera,

Dalam perjalanan pulang tadi, sambil mendengar radio didalam LRT-Star menuju ke Stesen Bukit Jalil saya telah dikejutkan dengan pengumuman bahawa harga minyak naik sebanyak 78 sen serta merta berkuatkuasa jam 12 tengah malam ni.

Saya tergamam dan terkejut. Baru pagi tadi saya membaca akhbar Utusan Malaysia bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad menjamin bahawa minyak "tidak akan dinaikan serta merta" tetapi petang tadi segalanya telah berubah.

Keputusan yang drastik ini memberikan kesan kepada saya serta merta apabila saya mulai memandu pulang kerumah dari Stesen Bukit Jalil ke Taman Kinrara, Puchong. Jalan teramat sesak walhal perjalanan ke rumah saya tidak sampai 10 minit. Ini kerana kebanyakkan kereta berbaris untuk mengisi minyak.

Saya terperangkap selama 2 jam dijalanraya, dan dari tidak berniat untuk mengisi minyak (minyak tinggal setengah jer...) terus saya beratur untuk mengisi minyak. Alang-alang dah terperangkap terus saya berbaris untuk ke stesen minyak (dah tak boleh nak keluar terpaksa ikut baris...)

Alhamdulillah, saya selamat sampai dirumah jam 8.10 mlm!!!

Wednesday, June 4, 2008

Bila Nak Kahwin?

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heranLambat cepatnya jodoh,
Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada...

Sumbangan Anda Di Perlukan....


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya menerima email dari rakan pejabat saya Cik Aishah yang telah diterima dari cawangan Taman Cheng, Bank Muamalat Malaysia Berhad berkenaan salah seorang pelanggan Bank Muamalat yang kini terlantar di Hospital Melaka akibat kanser Paru-Paru.

Dikesempatan ini saya merayu kepada anda semua agar sama-sama kita membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga En Azhan Azmi.

Disini saya lampirkan salinan email yang telah dihantarkan kepada saya.

Buat semua, Tuan-Tuan dan Puan –Puan hamba Allah yang prihatin…

Tatkala kita dimasa ini sedang bergembira bersama keluarga tercinta, dukacita dimaklumkan, salah seorang pelanggan Bank Muamalat Cawangan Cheng, En Azhan Azmi ketika ini sedang mengalami kesulitan yang amat sangat di ICU Hospital Besar Melaka…

Beliau yang dahulunya sihat walafiat, tiba-tiba sahaja disahkan mengidap kanser PARU-PARU…ketumbuhan tersebut semakin membesar dan berada hampir dengan JANTUNG beliau…apa yang boleh digambarkan saat ini???? Beliau kini KRITIKAL…yang pasti pembedahan segera amat perlu untuk menyelamatkan nyawa beliau…

Siapa Azhan Azmi???

Bagi kebanyakan kita , beliau mungkin cuma seorang askar biasa yang selalu berurusan dengan Bank Muamalat Cawangan Cheng….

Namun ketahuilah…

1. Ketika beliau sedang tenat di Hospital , isterinya yang tidak bekerja sedang bertungkus lumus menguruskan anak-anak mereka yang seramai 4 orang…paling sulung di darjah Enam, ketiga 4 tahun, kedua 2 tahun dan yang paling kecil, yang paling menyentuh perasaan melihat bayi kecilnya yang kini cuma berusia kurang 30 hari…

2. Azhan berasal daripada Perlis, beliau tiada saudara mara disini selain Isteri dan Ibunya yang senantiasa setia menunggu beliau dihospital…Kebetulan Azhan berasal daripada Perlis, dan saya juga dari Perlis…Selain saudara sesama Islam, beliau ada juga sedikit pertalian saudara jauh dengan saya…

3. Memahami kesulitan beliau…menyelami kesusahan anak-anak serta isterinya…mendalami kesedihan ibunya….besarlah harapan saya sekiranya Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang prihatin dapat menghulurkan sedikit derma untuk membantu ibunya yang pastinya memerlukan banyak perbelanjaan ketika menjaga beliau dihospital Melaka. Sepanjang masa ibunya yang datang jauh dari Perlis tidak berganjak daripada ruang menuggu di Hospital Melaka.

Isteri beliau juga pasti memerlukan belanja yang cukup untuk menguruskan persekolahan anak-anak mereka, membeli susu, perbelanjaan lain bagi bayi yang masih kecil dan lain-lain perbelanjaan yang kita sendiri tidak pasti….

Sehubungan itu…besarlah harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat menghulurkan sedikit derma kepada keluarga tersebut….

Sumbangan anda walaupun seringgit, jika dikumpulkan pasti memberi sedikit kesan kepada emosi keluarga tesebut, khususnya kepada ibu dan isteri beliau…

Kepada yang bersimpati, hulurkan sumbangan anda melalui akaun KELAB BANK MUAMALAT TAMAN CHENG, AK NO: 0402-0000065-72-1. INSYA-Allah pihak kami akan menyampaikan sumbangn Tuan-Puan kepada keluarga tersebut….


“Mereka yang bersedekah, Allah SWT janjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan diri sekaligus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.”

Semoga dengan pertolongan IKHLAS kita , ALLAH melapangkan pulak rezeki buat kita dan keluarga kita….

Regards,

SABERI BIN ABD RAHIM
BRANCH MANAGER
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
GROUND & FIRST FLOOR,
NO.92, JALAN CHENG BARU 1
TAMAN CHENG BARU
75250 MELAKA

TEL : 06-312 5086 / 5088 / 5089 / D/L : 06-312 5090
H/P : 019 - 480 7738
FAX : 06- 312 5091 / 312 5092

Tuesday, June 3, 2008

Minyak Oh Minyak!!


Itulah keluhan yang diucapkan tika ini… RM2.70 seliter!!! Kenaikan harga minyak meningkatkan sebanyak 40% perbelanjaan kenderaan sahaja. Ini tidak termasuk perbelanjaan lain yang berkaitan kenderaan yang kita guna iaitu parking, insurans kereta, tol, cukai jalan dan juga perbelanjaan penyelengaraan (servis).

Orang bujang seperti saya juga terasa terbeban, bagaimana pula anda yang mempunyai keluarga. Disini saya akan berkongsi tip-tip yang boleh menjimatkan minyak. Diharapkan tip-tip ini dapat membantu meringankan lagi perbelanjaan harian kita dan yang pasti kita tidak akan kesempitan wang pada akhir bulan nanti.

Servis Kereta Selalu.
Jadikanlah kebiasaan pada diri kita untuk menghantar kereta kita untuk diservis. Kita akan berfikir, menghantar kereta untuk diservis adalah terlalu mahal. Sebenarnya dalam jangka panjang ianya menjimatkan.

Pertama; kereta kita akan menjimatkan penggunaan minyak. Penyelenggaran kereta yang teruk akan mengakibatkan enjin membakar lebih banyak minyak ketika memandu. Ini akan mengakibatkan kita banyak mengeluarkan duit untuk membeli minyak.

Kedua; mengurangkan kerosakan kereta ketika memandu. Saya tak dapat bayangkan sekiranya kereta kita rosak ketika kita memandu diwaktu malam dan dijalan yang sunyi sepi. Ia boleh membuatkan saya hysteria.

Ketiga: dapat mengurangkan kebarangkalian kita terlibat didalam kemalangan jalan raya disebabkan penyelenggaran kereta yang teruk. Sekiranya anda masih menyatakan servis kereta itu adalah mahal, cubalah terlibat didalam kemalangan. Ia akan mengakibatkan pengeluaran duit yang lebih banyak lagi. Pastinya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku.

Memandu Secara Berhemah.
Kita akan dapat menjimatkan kadar penggunaan minyak jika kita memandu secara berhemah dan perlahan. Jika kita memandu dengan kelajuan 110 km/j, kita boleh menjimatkan dalam 20% penggunaan minyak jika memandu dengan kelajuan 80 km/j. Ini bermakna kita dapat menggunakan minyak dengan lebih lama dan tidak perlu mengisinya selalu.

Jangan Membawa Barang Yang Tidak Perlu.
Semakin berat sesebuah kereta, semakin banyak minyak digunakan. Dari itu membawa barangan yang tidak perlu didalam kereta akan menambahkan lagi perbelanjaan kita terhadap penggunaan minyak. Adalah lebih baik kita meletakkannya didalam stor rumah berbanding didalam kereta.

Tayar Bertekanan Tinggi.
Pastikan tayar mempunyai tekanan seperti yang disarankan oleh pengeluar. Tayar yang tidak cukup angin boleh meningkatkan kehausan dibahagian tepi luar tayar, selain merosakkan brek dan kuasa tarikan secara normal itu. Sebaliknya, tayar yang terlebih angin akan menghauskan tayar dengan cepat dibahagian tengahnya dan menjadikan pemanduan tidak lancar.

Rancanglah Perjalanan Anda.
Membuat perancangan perjalanan sebelum memandu adalah merupakan satu tindakan yang bijak dan boleh mengelakkan kita dari terperangkap didalam kesesakan jalan yang membosankan dan menyakitkan hati. Sekiranya kita merancang untuk menuju kedestinasi yang baru adalah lebih baik kita merujuk peta atau juga nasihat dari mereka yang tahu arah yang terdekat ketempat yang dituju. Berbanding kita memandu sendiri tanpa arah tujuan dan pastinya menggunakan minyak yang banyak. Matlamat kita sekarang ni adalah untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Belilah Kereta yang mempunyai Enjin CC yang Rendah.
Adalah bijak jika kita bertukar menggunakan kereta yang mempunyai kapasiti enjin cc yang rendah. Contoh yang terbaik adalah Perodua Kancil (hehehe… kereta sayalah tu). Jika anda rasakan kereta kancil terlalu kecil lagi sempit, anda boleh menggunakan kereta yang mempunyai kapasiti enjin tidak melebihi 2 liter. Penggunaan kereta yang mempunyai enjin cc melebihi 2 liter adalah tidak menjimatkan.

Diharapkan anda semua dapat mencuba dan mengamalkan tip-tip yang telah diberikan. Walaupun ianya nampak mudah dan remeh tetapi ianya dapat membantu serba sedikit mengurangkan perbelanjaan kita seharian.

Sebarang komen dan cadangan boleh diberikan agar kita dapat bertukar-tukar fikiran dan juga berkongsi pengalaman serta tip-tip yang pernah anda amalkan agar kita dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan tenang dan lebih baik lagi agar kita dapat bebas dari belenggu masalah kewangan.

Salam mesra
- Angan Nafi -

Monday, June 2, 2008

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana mengunjungi blog http://angahnafi.blogspot.com/. Di kesempatan ini saya mengucapkan salam perkenalan buat semua. Dilaman ini anda berpeluang untuk memberikan sebarang komen, idea dan pendapat agar segala ilmu dan juga pengalaman dapat kita kongsi bersama.

Laman ini memberikan satu platform untuk kita sama-sama berbincang dan bertukar-tukar fikiran berkenaan isu-isu semasa dan kehidupan kita seharian. Laman ini berfungsi memberikan maklumat berkaitan kewangan, pengurusan diri, tazkirah dan juga pandangan-pandangan dari mereka yang mempunyai kemahiran dari bidang-bidang tertentu.

Diharapkan dengan adanya laman seperti ini dapat memberikan satu maklumat baru dan juga idea-idea baru yang boleh dipraktikkan didalam kehidupan semasa.

Segala komen dan cadangan anda dialu-alukan...

Sekian terima kasih.

-Angah Nafi -