Thursday, June 5, 2008

Panik!!! Kenaikan Harga Minyak Serta Merta.....


Salam sejahtera,

Dalam perjalanan pulang tadi, sambil mendengar radio didalam LRT-Star menuju ke Stesen Bukit Jalil saya telah dikejutkan dengan pengumuman bahawa harga minyak naik sebanyak 78 sen serta merta berkuatkuasa jam 12 tengah malam ni.

Saya tergamam dan terkejut. Baru pagi tadi saya membaca akhbar Utusan Malaysia bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad menjamin bahawa minyak "tidak akan dinaikan serta merta" tetapi petang tadi segalanya telah berubah.

Keputusan yang drastik ini memberikan kesan kepada saya serta merta apabila saya mulai memandu pulang kerumah dari Stesen Bukit Jalil ke Taman Kinrara, Puchong. Jalan teramat sesak walhal perjalanan ke rumah saya tidak sampai 10 minit. Ini kerana kebanyakkan kereta berbaris untuk mengisi minyak.

Saya terperangkap selama 2 jam dijalanraya, dan dari tidak berniat untuk mengisi minyak (minyak tinggal setengah jer...) terus saya beratur untuk mengisi minyak. Alang-alang dah terperangkap terus saya berbaris untuk ke stesen minyak (dah tak boleh nak keluar terpaksa ikut baris...)

Alhamdulillah, saya selamat sampai dirumah jam 8.10 mlm!!!

3 comments:

Anonymous said...

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

sumber malaysiakini

Anonymous said...

Minyak. Makin dewasa makin dirasa kepentingan minyak dalam kehidupan seharian. Sampai ke elektrik guna minyak. So probably tariff naik lagi.

Ohh...negatifnya... Positifnya...at least...harap-harap kerajaan dapat guna duit tu dan project yang boleh menguntungkan rakyat miskin terutamanya.

Anonymous said...

jgn undi BN-Barang Naik..hhuuhuhu