Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Telah lama saya tidak mengemaskini blog saya dan kini alhamdulillah saya telah diberikan kesempatan untuk menulis dan berkongsi idea serta pandangan saya kepada pembaca blog saya sekalian.
Ketika ini keadaan ekonomi negara kita mengalami tempias dari kejatuhan ekonomi dunia dimana banyak syarikat-syarikat gergasi terpaksa diselamatkan dan ada yang terpaksa menutupkan perniagaan mereka dinegara ini. Kesan daripada penutupan syarikat ini mengakibatkan ramai para pekerja dinegara ini diberhentikan kerja.
Ini tidak termasuk mereka yang berkerja diluar negara seperti yang berkerja diSingapura yang telah diberhentikan kerja dan kembali ke Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat terdesak dan amat sukar sekali.
Ada dikalangan pekerja terpaksa dipotong gaji untuk mengurangkan kos operasi syarikat mereka. Namun demikian alternatif begini adalah pilihan yang terbaik kerana mereka ini masih memiliki pekerjaan dan pendapatan yang tetap untuk meneruskan hidup.

Bagi mereka yang diberhentikan kerja, setiap pekerja pastinya akan diberikan pampasan atau graduity berdasarkan jumlah perkhidmatan mereka. Mendapat "durian runtuh" sebegini adalah sesuatu yang melegakan. Namun demikian, tanpa perancangan dan berhati-hati akan menyebabkan kita hilang segala-galanya.
Ketika ini kita akan bercita-cita untuk membuka perniagaan dan amat berharap akan mendapat pulangan seperti yang diimpikan dengan melabur segala wang yang ada ditangan. Percayalah, tindakan ini bukanlah sesuatu tindakan yang bijak dan terbaik untuk dilakukan ketika ini. Bukan maksud saya menjalankan perniagaan itu bukan suatu tindakan yang bijak tetapi melaburkan kesemua duit yang ada untuk perniagaan tersebut.
Adalah lebih baik bermodalkan kecil dahulu dengan melakukan perniagaan dari rumah dahulu secara kecil-kecilan dan apabila semakin mendapat sambutan barulah boleh diperkembangkan perniagaan tersebut. Berbanding kita menyewa kedai dan membeli pelbagai peralatan untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Adalah lebih baik duit tersebut digunakan untuk keperluan hidup ketika ini iaitu dengan menyediakan perancangan kewangan selama 12 bulan sekiranya dalam tempoh tersebut kita tidak mendapat pekerjaan ataupun perniagaan yang diusahakan tidak mendatangkan sebarang keuntungan.
Bagi mereka yang tidak terjejas daripada krisis ekonomi ini, ada yang bercita-cita untuk menambahkan pendapatan mereka. Ada seorang rakan saya menanyakan bagaimana dia boleh menambahkan pendapatan dia ketika ekonomi tengah gawat ini. Tentunya soalan begini amat memeranjatkan saya. Namun demikian, untuk menjawab soalan sebegini.. saya perlu melihatnya dari perpektif rakan saya ini. Bagaimana untuk menambahkan penadapatan ketika gawat ini?
Persoalan ini boleh dijawab dengan keadaan seperti berikut:
1. Didalam keadaan gawat ini, kebanyakan orang mengalami krisis ini akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan hutang-hutang mereka termasuk hutang rumah. Dalam keadaan ini, mereka ini sedia untuk menjual rumah mereka dengan harga dibawah nilai. Didalam keadaan ini rumah yang dibeli (jika lokasi yang baik) akan bertambah nilai apabila keadaan ekonomi semakin stabil. Kenaikan harga rumah ini akan memberikan pendapatan kepadanya. Disamping menunggu kenaikan harga rumah, beliau boleh memperolehi pendapatan melalui sewaan. Ketika ini kadar faedah pinjaman juga semakin rendah iaitu BLR:6% dari itu jumlah ansuran bulanan adalah rendah.
2. Disamping itu, rakan saya ini boleh meningkatkan nilai bersihnya (Aset - Liabiliti). Dimana semakin banyak dia membayar jumlah hutangnya (termasuk hutang kad kredit, rumah, kereta dan sbgnya) semakin meningkat nilai bersihnya. Secara tidak langsung jumlah tanggungan hutang (liabiliti) semakin menyusut dan ini memberikan kedudukan kewangannya semakin kukuh.
Mungkin ini sahaja yang boleh saya cadangkan kepadanya.... Untuk pelaburan dalam unit amanah dan saham adalah sukar untuk saya jelaskan kerana saya masih belum benar-benar memahaminya.
Kesimpulannya, didalam keadaan ekonomi yang meleset ini hendaklah kita lebih berjimat dan mengawal perbelanjaan harian kita. Perbelanjaan berhemah mampu menstabilkan kedudukan kewangan kita. Akhirkata selamat mengharungi masa-masa sukar......
Salam mesra,
~angahnafi~

No comments:
Post a Comment